Wednesday 13 March 2013

Ta'aruf Bersama :)

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, selawat serta salam, moga tercurah buat Rasulullah saw.. (sollu ala Nabi)
     Aku mulai bicaraku dengan sebaik-baik kalam, Iaitu firman Allah :
                               
                   "Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan.."

Salam ta'aruf buat kalian.. :)
             
                 Namaku Nur Azmalidah, dalam erti kata "cahaya kemolekan". Usiaku kini telah menjangkau 18 tahun. Oleh kerana aku dilahirkan pada tarikh yang genap iaitu 12, serta diraikan pada bulan Januari. Bersamaan tahun 1995, jadi aku telah merasakan usiaku kini genap melepasi tarikh kelahiran itu. Sekaligus telah membentuk dawwar ukhuwwah bersama sahabat-sahabat yang lahir pada tahun tersebut.. Ukhuwwah Fillah :)

                Kini, aku bergelar seorang muslimah yang sedang membina islam didalam diri. Dan seterusnya fastabiqul khoirats dalam mengislahkan diri demi mengejar watak solehah untuk ku rai di akhirat kelak. Moga watak itu milikmu!!!

                Aku merupakan permata ummah kepada mama, Azizah Othman dan papa, Kamarul Zamal Hj. Ahmad. Mama,papa.. Ketahuilah, manakan bisa kulayari bahtera kehidupan tanpa doa kalian bersama, sedang doa kalian adalah senjata mustajab bagi seorang anak yang sentiasa memerlukan.. Doa kalian itu mustajab!!
               
               "Kakak daa, Daa.." panggilan yang diberikan buatku. Kini panggilan itu sebati dalam diri, panggilan itu punyai suka dan dukanya, panggilan itu membuatkanku terpanggil tatkala ada yang menyebutnya. Menyedari hakikat diri permata ke3 daripada 5 ulama mama dan papa, kugalas 1 takhlif buat adik2, buat keluarga, buat ummah serta buat diriku sendiri. 5 ulama itu di hiasi 2 mujahidah bunga yang harum mewangi bersama rantai keimanan. Sedang 3 mujahid pula megah berdiri bersama haruman dakwah yang pesat di persada bumi. Moga 5 ulama ini bermanfaat buat Islam. In shaa Allah! :')

                Secangkir ingatan buat sahabat-sahabat yang turut membantuku dalam menghasilkan blog yang serba zuhud ini. Syukran kathiran! Selaut doa juga kukirimkan buat ahli usroh yang banyak memimpin khittahku demi khittah kemedan perjuangan dakwah. Jazakumullah!! 
Moga blog ini bermanfaat buat ummat dan diterima Allah sebagai saham akhirat yang berkekalan. Allahumma Aamin!!  

Firman Allah :
               
                          "Adapun buih itu akan hilang sebagai sesuatu yang tidak ada harganya, adapun yang memberi manfaat kepada manusia, maka ia tetap di bumi. Demikianlah Allah membuat perumpamaan.."

                                                                                                                     Selamat membaca!! ;)

1 comment: