Thursday 14 March 2013

Si Anak Kecil

                                  
                                                         Dia anugerah yang Maha Esa,
                                                           Dipilih Allah sebagai wasilah,
                                                            Menagih kasih seorang ayah,
                                                    Kehidupan diharungi dalam kepayahan,
                                                                    Allah setia menemani,
                                               Dialah sebaik-baik tempat pergantungan...
                                                        

   Lonceng berbunyi, menandakan waktunya untuk masuk kekelas masing-masing. 4cerdik, papan tanda nama yang tertera pada kelas si anak kecil.
  
 "Assalamualaikum Cikgu!!" suara murid-murid bergema. Kehadiran Cikgu menenangkan suasana. Baju kurung serta tudung terhias indah menutupi kepala dan tubuh kecil milik Pencipta.
   
 "Walaikumussalam wbt.. ok, kamu semua boleh duduk," Arahan cikgu diterima. Tanpa berlengah, murid-murid duduk pada bangku yang tertera label SK. Tun Datu Hj. Mustapha, Kudat.

Cikgu mencapai kapur yang tersedia pada papan hijau. Lalu, mengarahkan murid-murid untuk membuka buku tulis Bahasa Melayu masing-masing. Itulah rutin seharian seorang pendidik, masuk kekelas dan memberi arahan pada anak-anak didik. Sekaligus, mengajari mereka ilmu yang baru. Tamam mengajari muqarrar pada hari ini, cikgu menyuarakan pada murid-murid agar segera membayar yuran sekolah.
Mendengar perihal tersebut, Aku terdiam membisu, apalah alasan yang perlu ku utarakan lagi.. Kepala kutundukkan sedikit, menggaru-garu kepala yang tidak gatal. Buku tulis Bahasa Melayu dicapai. Membuka lembaran kertas, seterusnya mengoyakkannya dibawah laci, risau jika perbuatanku dilihat cikgu, pasti cikgu memberikan amaran untukku. Seterusnya mencapai pensel, lalu menulis sesuatu diatas kertas.

                              Cikgu..
                                       Mama saya tidak dapat bayar 1 kali, kalau kumpul duit banyak-banyak
                                       baru dapat bayar 1 kali sama cikgu.. Minta maaf cikgu...

                                                                                                                          
                                                                                                                   yang benar,
                                                                                                             Anak murid cikgu..


 Otakku ligat memikir, samada menyerahkan sekeping kertas itu pada cikgu atau tidak. Risau bertamu dihati, kalau-kalau cikgu akan memarahiku, atau berjumpa dengan mama..
    
     "Jangan! kalau cikgu jumpa mama, mesti mama berhutang lagi,..nanti tiada untuk kami makan, ayie sama ayien pun nanti lapar sebab bayar yuran aku jaa,," Bisik hati kecilku..

Sejak papa ceraikan mama, kehidupanku ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Mama pula, sedang mengalami masalah pekerjaan. Ibtila'ullah!!

Tanpa berlengah, lembaran kertas itu dibentuk seperti bola kecil, keputusan itu diambil. Aku meletakkan semula ke laci, lalu mengukir senyuman. Tidak lama lagi waktu rehat bakal menjengah. Tidak sabar untuk ke taman burung dibahagian kiri sekolah. Itulah tempatku bermain dan merawat kesedihan. Melihat burung-burung berkicauan, kura-kura bersama kerangnya, membuatkan hatiku tenang. Poket baju diceluk, melihat syiling 30 sen, memberhentikan keinginanku untuk membeli kekantin.
      
   "simpanlah, nanti boleh guna bila ada gula-gula sedap kena jual" Fikirku.

"Kring!! "Kring!! Lonceng berbunyi, tanda masuk kekelas semula. Kakiku melangkah masuk.

   "Azmaa.. kenapa kau tidak ikut kami rehat? tadi kami main getah.."*permainan dulu2*
 Sapa Halima.
   "Tidaklaa limaa, malas akuu.. ya, ada juga aku nampak kamu di belakang sekolah. Kau, Asfaa, Fazira, Azmira, sama kawan-kawan 4 cemerlang kaan?"  4 cemerlang adalah kelas pertama, dan disusuli pula kelas cerdik, dan seterusnya.
  "Lagipun nanti kalau main-main, cepat penat, banyak peluh lagii" Alasan kucipta.
  "Alaaa.. senang jak pun, kantin bukan jauh betul, suda habis main-main, kita pegila kantin,, beli aiskriim. "Ajaknya. Azmira turut mengiyakan.
  "Ha'ahh.. betul tu Azma.. kau belanja kan Lima, hehe," spontan Azmira mencadangkan. Halima mengangguk-anggukkan kepala. Jawapannya positif. Aku tersenyum.
  "Baaa, hehe" Jawabku riang.

 


           *******************************************************************


    "Assalamualaikum... Mama, Oh Maa.." Laungnya. Mencari-cari sesusuk tubuh mama untuk menyalaminya setelah pulang dari sekolah. Kaki diayun kedapur, tidak ada. Kebilik, juga tidak ada.  Malah kulihat adik2 sedang tidur nyenyak diatas katil.  membangunkan Ayie dan Ayien, langsung bertanyakan mama kemana.
    
 "Mama pegi kedai, beli lauk.." Ayie menjawab, spontan tangannya menggosok mata.
     "Owh.." Jawabku ringkas.

   Aku meneruskan rutin harian sebagai seorang anak perempuan. Kecuali masak. Aku masi belum mahir dalam soal memasak. Itu tugas mama bagiku. Adik-adik pula sibuk melipat pakaian. Aku menolak pintu koridor, sengaja menyuruh angin untuk bertandang kerumah. Sedang menghayati fatamogana dunia, kulihat kelibat seorang ibu.. 

 "Mama!!" Teriakku.
   "Ayie, ayien.. mama pulang suda.." Riang hatiku.  
  
 Tombol dipulas dari luar."Itu mama!" Getusku.

   Ternanti-nanti susuk tubuh mama muncul di hadapan aku dan adik-adikku. Lantas mama menghulurkan lauk pauk yang masi terasa hangatnya. Ayien menyambut huluran mama dengan wajah ceria. Apatah lagi roti canai kegemarannya turut dibeli oleh mama. Gembira sungguh hatimu adikku!! Ayie mendapatkan pinggan didapur, lalu menyerahkannya pada Ayien. Kulihat mama menyaksikan kegembiraan Ayie dan Ayien dimatanya.
   Peluh membasahi dahi mamaku, mama tidak menghiraukan setiap titisan peluh yang menitis. Malah, sebaliknya mengukir senyuman yang manis disebalik kepenatan yang dilalui.

  "Makan nak, makan.. Makan la daa.." Kata mama.

  Kepala kutundukkan kebawah.
  
   Ada mutiara jernih bergenang dikelopak mataku. Aku mengukir senyuman semampuku.


Mama.. Aku bertuah memilikimu.. :')





                     *********************************************************                                                                                  
                                                                                           





                                                                                                        Bersambung.....



Wednesday 13 March 2013

Ta'aruf Bersama :)

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, selawat serta salam, moga tercurah buat Rasulullah saw.. (sollu ala Nabi)
     Aku mulai bicaraku dengan sebaik-baik kalam, Iaitu firman Allah :
                               
                   "Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan.."

Salam ta'aruf buat kalian.. :)
             
                 Namaku Nur Azmalidah, dalam erti kata "cahaya kemolekan". Usiaku kini telah menjangkau 18 tahun. Oleh kerana aku dilahirkan pada tarikh yang genap iaitu 12, serta diraikan pada bulan Januari. Bersamaan tahun 1995, jadi aku telah merasakan usiaku kini genap melepasi tarikh kelahiran itu. Sekaligus telah membentuk dawwar ukhuwwah bersama sahabat-sahabat yang lahir pada tahun tersebut.. Ukhuwwah Fillah :)

                Kini, aku bergelar seorang muslimah yang sedang membina islam didalam diri. Dan seterusnya fastabiqul khoirats dalam mengislahkan diri demi mengejar watak solehah untuk ku rai di akhirat kelak. Moga watak itu milikmu!!!

                Aku merupakan permata ummah kepada mama, Azizah Othman dan papa, Kamarul Zamal Hj. Ahmad. Mama,papa.. Ketahuilah, manakan bisa kulayari bahtera kehidupan tanpa doa kalian bersama, sedang doa kalian adalah senjata mustajab bagi seorang anak yang sentiasa memerlukan.. Doa kalian itu mustajab!!
               
               "Kakak daa, Daa.." panggilan yang diberikan buatku. Kini panggilan itu sebati dalam diri, panggilan itu punyai suka dan dukanya, panggilan itu membuatkanku terpanggil tatkala ada yang menyebutnya. Menyedari hakikat diri permata ke3 daripada 5 ulama mama dan papa, kugalas 1 takhlif buat adik2, buat keluarga, buat ummah serta buat diriku sendiri. 5 ulama itu di hiasi 2 mujahidah bunga yang harum mewangi bersama rantai keimanan. Sedang 3 mujahid pula megah berdiri bersama haruman dakwah yang pesat di persada bumi. Moga 5 ulama ini bermanfaat buat Islam. In shaa Allah! :')

                Secangkir ingatan buat sahabat-sahabat yang turut membantuku dalam menghasilkan blog yang serba zuhud ini. Syukran kathiran! Selaut doa juga kukirimkan buat ahli usroh yang banyak memimpin khittahku demi khittah kemedan perjuangan dakwah. Jazakumullah!! 
Moga blog ini bermanfaat buat ummat dan diterima Allah sebagai saham akhirat yang berkekalan. Allahumma Aamin!!  

Firman Allah :
               
                          "Adapun buih itu akan hilang sebagai sesuatu yang tidak ada harganya, adapun yang memberi manfaat kepada manusia, maka ia tetap di bumi. Demikianlah Allah membuat perumpamaan.."

                                                                                                                     Selamat membaca!! ;)